Pengikut Blog Ini

Sabtu, 21 September 2013

Wasiat Buat Isteriku....

Assalammualaikum sayang,

Alhamdulillah. Hari ini Bi terdetik untuk mula mencoretkan sebuah blog untuk Bi abadikan segala peristiwa dan kenangan indah kita sekeluarga sama ada yang telah kita lalui atau pun yang akan kita tempuhi. Blog ni Bi anggap macam diari keluarga kita, sama ada diari harian, mingguan atau tahunan.. Haha, jangan marah ye.

Buat permulaan, Bi ingin mewasiatkan Ayang sesuatu. Sesuatu yang Bi rasa penting untuk beritahu Ayang. Takut-takut Bi tak sempat untuk Bi wasiatkan ape-ape. Ye lah, kita hanya merancang... Tapi Allah yang menentukan segala-galanya. Sama ada hidup dan mati kita semua.

Sekiranya Bi ditakdirkan pergi dulu, B harap Ayang dapat didik anak-anak kita supaya menjadi  mukmin yang sejati, yang mendahulukan akhirat dalam segala urusan. In Shaa Allah, sekiranya akhirat yang kita tuju, dunia akan ikut.. Tetapi sekiranya dunia yang kita tuju, akhirat tidak akan ikut. Itu janji Allah....

Didiklah mereka, supaya menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.. Didiklah Amani dan anak kita yang bakal lahir supaya menjadi insan yang berguna buat Agama dan Negara...

Pegang amanat ini, In Shaa Allah semua urusan akan lancar. Percayalah, walau susah macamana hidup kita ni, kalau kita yakin akan rezeki Allah, akan ada cahaya yang akan bawa kita keluar dari segala masalah.

Yakinlah pada rahmat ALLAH.




Yang Mencintaimu,
Suamimu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan