Pengikut Blog Ini

Sabtu, 21 September 2013

Susu Amani Dah Habis

Assalamualaikum Sayang,

Malam tadi mungkin agak mendebarkan buat Bi. Mana tak nye, tetiba je susu tepung anak kita dah habis. Susu "Dutch Lady" Madu tu dah habis. Pastu stok simpanan kita pun takde jugak. Selalunya kita ada lagi dalam 2 ke 3 packet lagi. Tapi malam tadi memang Bi berdebar jugak. Dah la stok pun takde, duit kita pun tinggal ngam ngam je utk belanja sampai hujung bulan.

Terpaksa la pegi draw duit yang tinggal dalam ATM tu. Alhamdulillah, dapat jugak beli susu Dutch Lady 1 kg untuk Amani. Dapat jugak anak kita minum susu malam tadi. Alhamdulillah.... Syukur....

Ayang,

Walaupun kita mungkin rasa tertekan pasal keadaan kita agak susah buat masa sekarang, tapi percayalah.... Ada ramai lagi orang yang lebih susah berbanding kita. Cuma Allah nak uji kita sekejap je. Jadi kita kena redha dengan ujian ni. Tapi Bi bersyukur sebab isteri Bi ni adalah seorang isteri yang sangat memahami dan sentiasa memberi kata kata semangat buat Bi. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana Kau kurniakan aku permaisuri hati yang sangat menyayangi diri ini....

In Shaa Allah Ayang,

Bi akan berusaha untuk lebih membahagiakan keluarga kita... Ini janji Bi!!!!!


 Susu ni la Amani minum....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan