Pengikut Blog Ini

Khamis, 26 September 2013

Amani menangis kena tinggal dengan Ummi....

Assalamualaikum....

Alhamdulillah... Baru lepas solat Jumaat ni. Tadi terlewat sikit pergi solat. Sampai-sampai, khatib tengah baca doa khutbah kedua. Memang lewat sangat tu. Harap-harap, lepas ni tak buat lagi. In Shaa Allah.

Ayang,

Ayang tau tak, tadi lepas hantar Ayang kat sekolah tadi, Amani menangis. Dia tanya Bi, "Kenapa Amani tak ikut Ummi sekali?".... Haha, Bi pun cakap la "Ummi kan pergi work". Tapi dia madih nangis. Ala cian nye dia... Pastu Bi pun buat tak tau je. Ingat nak letak gambar kat sini, tapi tak tangkap pulak gambar dia tengah nangis tadi...huhu.. Sampai rumah Mama, dia nangis tak henti lagi. Sedih sangat la tu. Tapi bila Bi balik solat, dia dah tak nangis dah. Main dengan Haris dan Ipah. Angah pun cuti hari ni. 

Sori Sayang,

pagi tadi Bi tak sempat buang sampah dan basuh pinggan. Bi pun dah terbangun lewat tadi. In Shaa Allah, esok Bi cuba bangun awal balik. Ayang kat sekolah tu jaga diri elok-elok. Jangan excited sangat. Ingat, Ayang tu ibu mengandung...hehe.

Oklah, nanti update lagi blog diari ni...haha, blog diari tu. Boleh la kan kan kan....haha.


Takziah Tan Sri Ustaz Azizan...

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini mendapat berita yang agak sedih... Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak telah kembali ke Rahmatullah. Allah lebih menyayangi beliau. Sakit yang menimpa hanyalah penyebab kematian . Tetapi yang sebenarnya, Allah telah menetap lahir dan matinya seseorang hambaNya.

Ustaz Azizan adalah salah seorang pemimpin yang aku kagumi kerana ketegasan dan prinsip yang dipegang beliau. Walaupun beliau merupakan Menteri Besar pada waktunya, tetapi beliau masih hidup seperti rakyat biasa. Masih tinggal di rumah kediamannya di Alor Setar. Rumah rasmi Menteri Besar hanyalah untuk tugas rasmi sahaja. Itu mungkin salah satu perkara yang menyebabkan aku kagum kepada Almarhum.

Takziah diucapkan kepada keluarga Arwah Ustaz Azizan...

Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak
(1944 - 2013)


Sebagai peringatan kepada diri sendiri dan semua:-

Semakin hari kematian semakin hampir. Kita tak tau bila kita akan mati. Oleh itu, seboleh-bolehnya, hendaklah kita sentiasa beringat tentang mati. Solat jangan ditinggalkan. Sentiasa buat kebaikan, sama ada kepada diri sendiri, keluarga dan juga kepada semua manusia. Jangan zalim terhadap binatang. Teringat kata-kata yang dipetik daripada Ustaz Ismail Kamus ketika kuliah yang disampaikan di Masjid Sungai Udang yang lalu, "Kalau kita kejar dunia, akhirat tidak akan ikut. Tetapi, kalau kita kejar akhirat, dunia akan ikut sekali".


"Masa depan kita yang sebenar adalah akhirat. Jika tidak ingin menggadai masa depan, ertinya hendaklah fikir tentang kepentingan akhirat. Amatlah tidak betul jika menyebut tentang masa depan tetapi dalam masa yang sama menggadaikan kepentingan akhirat."

 -Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat-

Rabu, 25 September 2013

Internet dah boleh guna......

Assalamualaikum...

Sekarang pukul 1.00 pagi. Ayang, Bi belum tido lagi ni. Tengah tengok TV sambil tunggu bola pukul 3 nanti. Arsenal lawan la...hehe. Ayang dengan Amani dah lama tido dah waktu ni. Terima kasih Sayang sebab temankan Bi tadi pegi hantar borang insuran kat ofis Prudential tadi. Walaupun Ayang mabuk mabuk lagi, tapi Ayang tetap setia menemani Bi setelkan kerja Bi. Amani pun sama, terima kasih Amani... temankan Abi tadi. Sampai Amani tertido dalam kereta la.

Hari ni jugak adalah hari pertama internet kat rumah berfungsi semula setelah seminggu lebih kena block... Paham paham ajelah, dapat gaji baru bayar... haha. Syukur Alhamdulillah.. So, dapat la update blog kat rumah je. Kalau tak kat rumah Mama, or ofis je yang boleh pakai internet...Haha. Biasa lah, masih lagi dalam proses pembelajaran kehidupan.

Alhamdulillah,

Semalam Bi keluar jumpa Pakcik Zul, dia kata dia nak ambik Takaful. Yang kita hantar tadi tu la Pakcik Zul punya borang. Satu lagi, Bi bersyukur jugak sebab Guru Besar sekolah Ayang consider yang Ayang mabuk alahan mengandung. Jadi die cari ganti untuk kursus yang sepatutnya Ayang pergi kat Ipoh. Kalau tak, esok ni kita gerak ke Ipoh la jawabnya...haha

Tadi makan nasi telur berlada kat kedai Burhan tu sedap jugak. Nanti boleh makan lagi kat situ..hehe..

Oklah Ayang & Amani,

Nanti Abi sambung lagi. Mata ni sebenarnya dah agak mengantuk je. Tapi hati kata nak tunggu bola. Tak tau la. Silap silap, bola yang tengok Abi... 

Siti Mariani & Amani Batrisya, I LOVE BOTH OF YOU...


Isnin, 23 September 2013

Kembali Bekerja

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah...
Hari ni kembali bekerja macam biasa selepas bercuti sehari semalam. Semalam ingat nak bawak Ayah pergi IJN, appoinment... Tapi Acik cakap dia bawak jadi nye Along die ni jaga Mama kat rumah lah. Mama pun semalam masih lagi cirit birit. Tapi Mama jangan risau, In Shaa Allah nanti ok la tu. Mama jangan la terlalu risau sangat, sakit biasa tu.. Cuma keracunan makanan.. (kata doktor)... Tersalah makan.. Ni pun baru lepas call Mama, die bagi tau dah ok dah. Perut dah tak sakit. Dah takde lagi cirit birit.

Alhamdulillah...
Pagi ni pun takde masalah kat tempat kerja. Semua berjalan lancar. Cuma yang merisaukan hari ade dua perkara. Yang pertama, Bi risau Ayang tak makan. Ayang kena makan tau walaupun sikit. Jaga kesihatan tu elok elok. Ayang sihat In Shaa Allah Bi pun sihat. Tapi kalau Ayang tak sihat, Bi pun rasa macam tak sihat (walaupun sihat)..hehe

Yang kedua, risaukan Ayah kat ofis dia tu. Kereta Ayah tu bateri dah kong. Nak start pun kena pakai jumper... Kata Ayah, nanti dapat gaji Ayah tukarlah bateri baru. Maaf Ayah, Along tak dapat gantikan bateri kereta Ayah tu sekarang sebab Along pun tak cukup duit untuk beli bateri baru. Along pun tunggu gaji. Kalau Along mampu, memang Along dah belikan yang baru. Maaf Ayah.. Maaf Mama... Tapi Ayah kata, nanti kalau ade masalah nanti dia call.

Ok lah Ayang, 

Jangan lupa makan tengahari. Petang nanti balik kerja kita jumpa kat rumah. Malam ni nak kena pergi rumah Pak Cik Zul pulak. Dia nak ambil Takaful dengan Bi... Kan suami Ayang ni kan Agent Takaful Prudential...hehe.. In Shaa Allah lepas Isyak Bi pergi...

Ok Ayang, I Love You....


Sape-sape yang nakkan quotation free boleh la bagitau ye... Mana tau ada yang nak penerangan pasal Takaful yang saya buat ni..


Perkongsian Ilmu: 22 Sifat Buruk Bangsa Yahudi Yang Tertulis Dalam Al-Quran

Inilah 22 Sifat Buruk Bangsa Yahudi Yang Tertulis Dalam Al-Quran | Dalam Al-Quran sedikit sebanyak disebutkan 22 sifat buruk bangsa Yahudi iaitu:
1. Keras hati dan zalim (Al Baqarah:75,91,93,120,145,170; An-Nisa:160; Al-Maidah:41)
2. Kebanyakan fasik dan sedikit beriman kepada Allah S.W.T (Ali Imran:110; An-Nisa:55)
3. Musuh yang paling bahaya bagi orang-orang Islam (Al-Maidah:82)
4. Amat mengetahui kekuatan dan kelemahan orang-orang Islam seperti mereka mengenal anak mereka sendiri (Al-An’am:20)
5. Mengubah dan memutarbalikkan kebenaran (Al Baqarah:75, 91,101,140,145,211; Ali Imron:71,78; An-Nisa:46; Al-Maidah:41)
6. Menyembunyikan bukti kebenaran (Al-Baqarah:76,101,120,146; Ali Imron:71)
7. Hanya menerima perkara-perkara atau kebenaran yang dapat memenuhi cita rasa atau nafsu mereka (Al-Baqarah:87,101,120,146; Al-Maidah:41)
8. Ingkar dan tidak dapat menerima keterangan dan kebenaran AlQuran (Al-Baqarah:91,99; Ali Imron:70)
9. Memekakkan telinga kepada seruan kebenaran,membisukan diri untuk mengucapkan perkara yang benar, membutakan mata terhadap bukti kebenaran dan tidak menggunakan akal untuk menimbangkan kebenaran (Al-Baqarah:171)
10. Mencampuradukkan yang benar dan yang salah,yang hak dan yang batil (Ali Imran:71)
11. Berpura-pura mendukung orang Islam tetapi apabila ada dibelakang orang-orang Islam, mereka mengutuk dengan sekeras-kerasnya (Al-Baqarah:76; Ali Imran:72,119)
12. Hati meraka sudah tertutup akan Islam kerana dilaknat oleh Allah S.W.T yang disebabkan oleh kekufuran mereka sendiri (Al-Baqarah: 88,120,145,146)
13. Kuat berpegang pada rasa kebangsaan mereka dan mengatakan bahwa mereka adalah bangsa yang istimewa yang dipilih oleh Allah dan menyakini agama yang selain daripada Yahudi adalah salah (Al-Baqarah:94,111,113,120,135,145; Al-Maidah:18)
14. Tidak akan ada kebaikan untuk seluruh manusia jika mereka memimpin (An-Nisa:53)
15. Tidak suka,dengki,iri hati terhadap orang-orang Islam (Al-Baqarah :90,105,109,120)
16. Mencintai kemewahan dan kehidupan dunia, bersifat tamak dan rakus, menginginkan umur yang panjang dan mengejar kesenangan serta takut akan kematian (Al-Baqarah:90,95,96,212)
17. Berkata bohong, mengingkari janji dan melampaui batas (Al-Baqarah :100,246,249 Ali Imran:183,184; An-Nisa:46)
18. Berlindung di sebalik mulut yang manis dan perkataan yang baik (Al-Baqarah:204,246; Ali Imron:72; An-Nisa:46)
19. Mengada-ada perkara-perkara dusta dan suka kepada perkara-perkara dusta (Ali Imran:24,94,183,184; Al-Maidah:41)
20. Berlaku sombong dan memandang rendah terhadap orang-orang Islam (Al-Baqarah:206,212,247)
21. Tidak amanah dan memakan hak orang lain dengan cara yang salah (Ali Imran:75,76; At-Taubah:34)
22. Selalu melakukan kerosakan dan menganjurkan peperangan (Ali Imran:64)

Dipetik dari Nizarazu.com

Terima Kasih Sayang

Alhamdulillah.. 

Syukur pada Illahi kerana masih memberi diri ini untuk bernafas, bekerja, beribadat dan menulis blog...

Sayang, dikesempatan ini Bi nak ucapkan terima kasih kat Ayang sebab Ayang tolong Bi untuk bawak Mama pergi klinik semalam dan tolong Mama masak dan buat kerja rumah sikit. Walaupun benda tu nampak kecik, tapi sebenarnya Bi rasa sangat bertuah sebab Allah menganugerahkan Bi seorang isteri yang menghormati suami dan juga kedua mertuanya.

Semalam Mama kena keracunan makanan, cirit birit dan muntah muntah. Jadi Mama tak larat nak buat kerja sangat. Terima kasih sayang. In Shaa Allah, Bi doakan kebaikan yang Ayang buat akan diberikan ganjaran oleh Allah s.w.t.

Semalam jugak kita pegi makan malam kat rumah Mama & Ayah. Lepas tu Bi pulak tengok bola Arsenal lawan Stoke City. Kan suami Ayang ni kan penyokong tegar Arsenal...haha. Sempat la tengok sampai half time kat rumah Mama. Lepas tu kita balik rumah. Bi pun sambung tengok kat rumah. Lepas habis tengok tu rupa-rupanya Ayang belum tido lagi. Ingatkan dah tido...haha. Ye lah, orang mengandung kan cepat mengantuk...haha

Amani pun tak tido lagi. Ayang tau tak, lepas Ayang tido tu Bi ngan Amani tengik TV balik. Kitorang tido dekat pukul 1. Boleh tahan jugak anak Abi tu. Dia teman Abi dia sambung tengok bola.

Tapi yang bestnya, ARSENAL MENANG!!!!!! YAHOOOOO!!!!!

Ayang,

Bi tau masa masa sekarang ni, kita rasa agak susah. Amani nak makan KFC pun kena suruh dia tunggu lagi 2 hari. Sebab lagi 2 hari lagi kita dapat gaji. In Shaa Allah, bulan depan kita susun perbelanjaan kita elok elok. In Shaa Allah segalanya akan berjalan lancar. In Shaa Allah Amani, nanti Abi beli KFC dengan McDonald ye. Amani nak tak?

Hari ni Bi cuti. Bi hantar Ayang pegi school. Petang nanti Bi ambik Ayang. Tadi Bi dah pegi money changer. Tukar duit 50 Riyal. dapat la RM41.70... Alhamdulillah...

Ayah pun Acik yang bawak pegi IJN tadi. Bi tunggu Mama kat rumah. Mama cirit birit lagi. Belum baik betul lagi. Alhamdulillah, sebab segala urusan hari ini masih dipermudahkan Allah.

Terima kasih Ya Allah!

Ok lah, nanti sambung balik. Nak siap siap, kejap lagi nak pegi ambik Ayang pulak... Bye




Sabtu, 21 September 2013

Susu Amani Dah Habis

Assalamualaikum Sayang,

Malam tadi mungkin agak mendebarkan buat Bi. Mana tak nye, tetiba je susu tepung anak kita dah habis. Susu "Dutch Lady" Madu tu dah habis. Pastu stok simpanan kita pun takde jugak. Selalunya kita ada lagi dalam 2 ke 3 packet lagi. Tapi malam tadi memang Bi berdebar jugak. Dah la stok pun takde, duit kita pun tinggal ngam ngam je utk belanja sampai hujung bulan.

Terpaksa la pegi draw duit yang tinggal dalam ATM tu. Alhamdulillah, dapat jugak beli susu Dutch Lady 1 kg untuk Amani. Dapat jugak anak kita minum susu malam tadi. Alhamdulillah.... Syukur....

Ayang,

Walaupun kita mungkin rasa tertekan pasal keadaan kita agak susah buat masa sekarang, tapi percayalah.... Ada ramai lagi orang yang lebih susah berbanding kita. Cuma Allah nak uji kita sekejap je. Jadi kita kena redha dengan ujian ni. Tapi Bi bersyukur sebab isteri Bi ni adalah seorang isteri yang sangat memahami dan sentiasa memberi kata kata semangat buat Bi. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana Kau kurniakan aku permaisuri hati yang sangat menyayangi diri ini....

In Shaa Allah Ayang,

Bi akan berusaha untuk lebih membahagiakan keluarga kita... Ini janji Bi!!!!!


 Susu ni la Amani minum....