Pengikut Blog Ini

Khamis, 26 September 2013

Takziah Tan Sri Ustaz Azizan...

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini mendapat berita yang agak sedih... Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak telah kembali ke Rahmatullah. Allah lebih menyayangi beliau. Sakit yang menimpa hanyalah penyebab kematian . Tetapi yang sebenarnya, Allah telah menetap lahir dan matinya seseorang hambaNya.

Ustaz Azizan adalah salah seorang pemimpin yang aku kagumi kerana ketegasan dan prinsip yang dipegang beliau. Walaupun beliau merupakan Menteri Besar pada waktunya, tetapi beliau masih hidup seperti rakyat biasa. Masih tinggal di rumah kediamannya di Alor Setar. Rumah rasmi Menteri Besar hanyalah untuk tugas rasmi sahaja. Itu mungkin salah satu perkara yang menyebabkan aku kagum kepada Almarhum.

Takziah diucapkan kepada keluarga Arwah Ustaz Azizan...

Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak
(1944 - 2013)


Sebagai peringatan kepada diri sendiri dan semua:-

Semakin hari kematian semakin hampir. Kita tak tau bila kita akan mati. Oleh itu, seboleh-bolehnya, hendaklah kita sentiasa beringat tentang mati. Solat jangan ditinggalkan. Sentiasa buat kebaikan, sama ada kepada diri sendiri, keluarga dan juga kepada semua manusia. Jangan zalim terhadap binatang. Teringat kata-kata yang dipetik daripada Ustaz Ismail Kamus ketika kuliah yang disampaikan di Masjid Sungai Udang yang lalu, "Kalau kita kejar dunia, akhirat tidak akan ikut. Tetapi, kalau kita kejar akhirat, dunia akan ikut sekali".


"Masa depan kita yang sebenar adalah akhirat. Jika tidak ingin menggadai masa depan, ertinya hendaklah fikir tentang kepentingan akhirat. Amatlah tidak betul jika menyebut tentang masa depan tetapi dalam masa yang sama menggadaikan kepentingan akhirat."

 -Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan