Alhamdulillah..
Syukur pada Illahi kerana masih memberi diri ini untuk bernafas, bekerja, beribadat dan menulis blog...
Sayang, dikesempatan ini Bi nak ucapkan terima kasih kat Ayang sebab Ayang tolong Bi untuk bawak Mama pergi klinik semalam dan tolong Mama masak dan buat kerja rumah sikit. Walaupun benda tu nampak kecik, tapi sebenarnya Bi rasa sangat bertuah sebab Allah menganugerahkan Bi seorang isteri yang menghormati suami dan juga kedua mertuanya.
Semalam Mama kena keracunan makanan, cirit birit dan muntah muntah. Jadi Mama tak larat nak buat kerja sangat. Terima kasih sayang. In Shaa Allah, Bi doakan kebaikan yang Ayang buat akan diberikan ganjaran oleh Allah s.w.t.
Semalam jugak kita pegi makan malam kat rumah Mama & Ayah. Lepas tu Bi pulak tengok bola Arsenal lawan Stoke City. Kan suami Ayang ni kan penyokong tegar Arsenal...haha. Sempat la tengok sampai half time kat rumah Mama. Lepas tu kita balik rumah. Bi pun sambung tengok kat rumah. Lepas habis tengok tu rupa-rupanya Ayang belum tido lagi. Ingatkan dah tido...haha. Ye lah, orang mengandung kan cepat mengantuk...haha
Amani pun tak tido lagi. Ayang tau tak, lepas Ayang tido tu Bi ngan Amani tengik TV balik. Kitorang tido dekat pukul 1. Boleh tahan jugak anak Abi tu. Dia teman Abi dia sambung tengok bola.
Tapi yang bestnya, ARSENAL MENANG!!!!!! YAHOOOOO!!!!!
Ayang,
Bi tau masa masa sekarang ni, kita rasa agak susah. Amani nak makan KFC pun kena suruh dia tunggu lagi 2 hari. Sebab lagi 2 hari lagi kita dapat gaji. In Shaa Allah, bulan depan kita susun perbelanjaan kita elok elok. In Shaa Allah segalanya akan berjalan lancar. In Shaa Allah Amani, nanti Abi beli KFC dengan McDonald ye. Amani nak tak?
Hari ni Bi cuti. Bi hantar Ayang pegi school. Petang nanti Bi ambik Ayang. Tadi Bi dah pegi money changer. Tukar duit 50 Riyal. dapat la RM41.70... Alhamdulillah...
Ayah pun Acik yang bawak pegi IJN tadi. Bi tunggu Mama kat rumah. Mama cirit birit lagi. Belum baik betul lagi. Alhamdulillah, sebab segala urusan hari ini masih dipermudahkan Allah.
Terima kasih Ya Allah!
Ok lah, nanti sambung balik. Nak siap siap, kejap lagi nak pegi ambik Ayang pulak... Bye
Tiada ulasan:
Catat Ulasan